Search

Gempa bumi lemah di Sandakan

January 27, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala richter berlaku di perairan Sabah Timur pada 2.11 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.

“Ia dengan jarak 57 kilometer timur laut dari Sandakan.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan METMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi, hari ini.