RANAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 menggegarkan Panginatan, di sini, pagi ini dengan gegaran turut dirasai penduduk di sekitar daerah berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada jam 10.57 pagi pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.
Menurutnya, pusat gempa dikesan kira-kira 14 kilometer (km) di selatan Ranau pada kedalaman 13 km.
“Gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan mengisi borang soal selidik yang disediakan jabatan itu bagi membantu pengumpulan maklumat berkaitan kejadian. – Info X