Search

Hajiji alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan PETRONAS

March 3, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik komitmen PETRONAS untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.

Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Menteri diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik dan status semasa operasi PETRONAS di negeri ini.

Pertemuan dan taklimat itu sempena kunjungan hormat PETRONAS terhadap Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai bantuan banjir PETRONAS bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu komuniti yang terjejas di Sabah baru-baru ini.

Delegasi PETRONAS turut disertai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Datuk Adif Zulkifli; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong; Naib Presiden Hubungan Strategik & Komunikasi Kumpulan, Ir Norafizal Mat Saad dan pegawai-pegawai kanan PETRONAS. – Info X