KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Rundingan Tahunan Ke-13 Malaysia-Indonesia di Jakarta, Indonesia, pada Selasa.
Beliau adalah antara ahli rombongan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sejurus tiba di Istana Merdeka, Jakarta pada Selasa, Hajiji diperkenalkan kepada Presiden Indonesia, Probowo Subianto oleh Anwar.
Turut hadir ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
Ketua Menteri diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shaminan Ag Sahari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew tiba.
Mereka tiba di Jakarta pada Isnin yang mana Hajiji turut menghadiri mesyuarat pre-council dipengerusikan Perdana Menteri.
Ketika ditemui media pada akhir Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), di sini, Ahad lalu, Ketua Menteri berkata lawatannya ke Jakarta bersama Perdana Menteri antara lain untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan pembangunan bersama di Laut Sulawesi, khusuanya isu Ambalat dengan kerajaan Indonesia. – Info X