Search

Hari Kebangsaan, Hari Sabah disambut meriah

August 31, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ribuan rakyat membanjiri sekitar Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, untuk menyaksikan perarakan julung kali sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, hari ini.

Acara bermula dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Ketibaan mereka berdua disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengerusi penganjur yang juga Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Tun Juhar kemudian memeriksa kawalan kehormatan dan menyaksikan upacara bacaan ikrar serta persembahan koir sebelum disusuli acara perarakan.

Tun Juhar bersama Hajiji dan kenamaan negeri menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di Jalan Tun Fuad Stephens, KK.

Perarakan dimulakan dengan kontinjen membawa Jalur Gemilang dan Bendera Sabah, selain bendera semua negeri di. Malaysia.

Sebanyak 185 kontinjen mewakili pasukan keselamatan, jabatan dan agensi kerajaan, badan beruniform, persatuan dan sekolah mengambil bahagian dalam perarakan tahun ini. – Info X