Search

HENRY IDOL PRESIDEN MPS BAHARU

February 8, 2023

admin

KOTA KINABALU: Bekas Pegawai Daerah Penampang dan Keningau Henry Idol dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang baharu.

Watikah perlantikan berkenaan disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Dr Joachim Gunsalam, di bangunan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Henry 56, telah menjawat jawatan dalam sektor Perkhidmatan Awam selama 30 tahun dan selain menjadi menjadi pegawai daerah, beliau pernah bertugas di beberapa lementerian dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap II Sumber Manusia, Teknologi dan Inovasi.

Beliau akan memulakan perkhidmatannya pada bulan ini (Februari) menggantikan Presiden sebelumnya, Benedict Asmat.

Sementara itu, Joachim berharap Henry dapat menjalankan tugas dengan cekap, amanah dan dedikasi, demi rakyat dan negeri ini.

Hadir sama dalam majlis hari ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian bersama Timbalannya, Datuk Dr Jamili Nais dan Stanley Chong serta beberapa lagi pegawai kementerian. – Info X