KOTA KINABALU: Hujan berterusan tahap waspada atau kuning diramal berlaku di beberapa daerah pantai barat, Sandakan dan Kudat bermula petang Khamis hingga Jumaat (20 Februari).
Antara daerah dijangka mengalami hujan pada petang pertama Ramadan kali ini ialah Ranau, Kota Belud, Kudat, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.
METMalaysia berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan itu, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. – Info X