KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menutup sebahagian jalan dan tempat letak kereta di Lintasan Deasoka dan Tanjung Aru bagi memberi laluan kepada Bazar Ramadan sepanjang Ramadan kali ini.
Menerusi satu notis dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu (PBT) penutupan bermula jam 1 tengah hari hingga jam 7 malam setiap hari bermula pada Khamis (19 Februari) hingga Jumaat (20 Mac 2026).
Antara laluan yang ditutup ialah di kawasan Taman Poket , Jalan Tugu dan Jalan Bandaran bagi Bazar Ramadan di Lintasan Deasoka, manakala sebahagian tempat letak kereta berhadapan Pejabat Pos Tanjung Aru bagi Bazar Ramadan Pekan Tanjung Aru.
Berikutan itu, DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguatkuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi keselamatan dan kelancaran trafik. – Info X