KOTA MARUDU: Jalan Langkon – Pitas dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan di daerah ini, petang Khamis.
Info banjir kilat itu dikongsikan Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Info Semasa Laporan Bencana yang dikeluarkan di laman Facebook jabatan itu.
Bagaimanapun, berpandukan info itu, laluan di CH / KM : CH 51.700 – CH 52.000 itu masih boleh dilalui.

Awal petang Khamis, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran tahap waspada hujan berterusan di kawasan Kudat atau utara Sabah, selain bahagian Sandakan dan pantai barat.
Hujan berterusan itu diramal berterusan hingga Jumaat, 20 Februari 2026. – Info X