Search

HUJAN LEBAT BERTERUSAN, BEBERAPA KAWASAN DI LAHAD DATU DINAIKI BANJIR

May 10, 2022

admin

LAHAD DATU: Hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya mula menerima panggilan berkaitan banjir pada jam 2.04 petang.

“Keadaan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

“Operasi menyelamat dan pemantauan sedang dilakukan di kawasan yang terjejas.

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini. – Info X