KOTA KINABALU: Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS), Walter Kandayon mengalu-alukan bantuan kerajaan buat pengusaha pelancongan terjejas akibat pendemik Covid-19 di negeri ini.
Beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 28 Mac lalu menyatakan bantuan khas kerajaan berjumlah RM85 juta bakal diberikan kepada pengusaha pelancongan adalah suatu tindakan yang wajar.
“Hal ini dilihat keperluan mendasak kerana hampir semua pengusaha pelancongan khususnya pelancongan luar bandar di Sabah terkesan selepas tidak beroperasi secara konsisten selama lebih dua tahun.
“Bagaimanapun, FeRTAS sedikit terkilan kerana bantuan khas itu hanya dikhususkan buat operator yang berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sahaja.
“Susulan itu, FeRTAS sudah membawa isu berkenaan ketika mengadakan kunjungan hormat dengan pengarah MOTAC Sabah, Ibrahim Othman di pejabatnya baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, Walter menyatakan menerusi pertemuan itu, beliau dan Ibrahim berkongsi pendapat yang sama bahawa pelancongan luar bandar Sabah amat penting kerana kebanyakan khazanah pelancogan menarik di negeri terbabit berada di luar bandar.
“Kita sudah menekankan tentang usaha-usaha membangunkan pelancongan luar bandar ini sejak tahun 2014 lagi.
“Agensi pelancongan negeri seperti Lembaga kebudayaan Sabah (STB) juga telah mengorak langkah awal dengan merintis pembangunan pelancongan luar bandar di negeri ini.
“STB sentiasa menyuntikkan semangat pengusaha pelancongan luar bandar di Sabah dengan konsisten menyalurkan bantuan bagi membangunkan fasiliti produk-produk pelancongan.
“Inisiatif kerajaan seperti ini sangat penting untuk meningkatkan komitmen pengusaha luar bandar yang kebanyakkanya kurang berkemampuan bagi memulakan usaha membangunkan pelancongan,” katanya. – Info X