Search

Hujan lebat berterusan dari Kudat hingga Kinabatangan diramal hingga Rabu

November 9, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Enam daerah di utara dan pantai timur Sabah diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap waspada akibat luruan monsun hingga 11 November ini.

Daerah terbabit ialah Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan.

Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) dalam satu kenyataan, berkata, amaran tahap waspada dikeluarkan berdasarkan analisis cuaca yang dilakukan jabatan itu.

“Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara sehingga 11 November 2026.

“Keadaan ini berpotensi membawa
hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut,” katanya.

Amaran dalam tempoh yang sama dikeluarkan di daerah Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli, Kelantan, selain Hulu Terengganu di Terengganu dan Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut di Pahang.

Selain itu, amaran hujan tahap buruk dalam tempoh yang sama dikeluarkan di daerah lain di Kelantan dan Terengganu. – Info X