Search

Lelaki maut selepas motosikal terbabas ke dalam parit berbatu

November 9, 2026

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit berbatu di Jalan Sapulut – Tambunan berhampiran Kampung Notorus, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menunggang motosikal di laluan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, motosikal mangsa terbabas ke dalam parit berbatu sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133 bagi membantu siasatan.

Sammy turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada, mengawal kelajuan kenderaan dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan. – Info X