Search

Imigresen tahan 23 PATI dalam operasi di Tawau

August 22, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam empat operasi penguatkuasaan berasingan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, semalam.

Dalam operasi itu, seramai 58 individu diperiksa dengan 19 lelaki dan empat wanita warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan melalui Facebook rasmi Jabatan Imigresen Negeri Sabah hari ini, semua mereka terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia dan Filipina.

“Semua tahanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Operasi ini membabitkan 10 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Tawau dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melindungi atau menggaji PATI,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat tampil menyalurkan maklumat mengenai kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing bagi memudahkan tindakan lanjut diambil. – Info X