KOTA KINABALU: Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menjadi saksi pertama memberi keterangan mengenai inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner, petang ini.
Beliau yang tiba di Mahkamah Koroner pada kira-kira jam 2 petang adalah pakar yang terbabit menjalankan bedah siasat terhadap jenazah arwah Zara.

Jenazah arwah Zara sebelum ini dibedah siasat pada 10 Ogos lalu selepas kuburnya digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 9 Ogos. – Info X