Search

Isteri orang dicekup khalwat dalam kereta

October 3, 2026

Info X Reporters

KUNAK: Seorang wanita berstatus isteri orang dicekup bersama seorang lelaki kerana disyaki berkhalwat di dalam sebuah kenderaan, di sini, semalam.

Pasangan berkenaan dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak menerusi Operasi Cegah Maksiat.

Menurut JHEAINS Kunak, pemeriksaan mendapati lelaki dan wanita terbabit berada bersama di dalam sebuah kenderaan dalam keadaan yang membawa kepada kesalahan khalwat.

Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit berstatus isteri orang.

Kedua-duanya kemudian dibawa oleh penguat kuasa JHEAINS Kunak untuk tindakan serta siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.

JHEAINS dalam pada itu mengingatkan masyarakat supaya menjaga batas pergaulan serta mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah dan membawa kemudaratan kepada institusi keluarga serta masyarakat. – Info X