KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada Pasukan Menembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.
Pasukan Sabah yang diketuai Pengurus Pasukan Deputi Superintendan Leo Sojie menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Menembak Persekutuan Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara (KPN) yang diadakan di Kelab Menembak Sasaran Shapadu Puterajaya, bermula 29 April sehingga 5 Mei depan.
Seramai 18 peserta akan menyertai kejohanan menembak ini dengan beberapa kategori termasuklah Piala KPN (Berpasukan/Individu), Open RMP (Berpasukan/Individu) dan Open RMP (Individu Wanita).
Sementara itu, Jauteh berkata, menang kalah adalah adat pertandingan, tetapi beliau memberikan kata-kata semangat agar tidak mudah mengalah dan balik membawa kemenangan yang membanggakan Sabah.

“Jangan kalah awal dan balik awal, kalau boleh bawalah sekurang-kurangnya satu piala kemenangan yang membanggakan Sabah amnya dan PDRM Sabah khasnya,” katanya.
Selamat maju jaya kepada Pasukan Menembak PDRM Sabah. – Info X