KOTA KINABALU: Seorang jemaah Masjid Jamek Kampung Likas dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi.
Berdasarkan perkongsian di Facebook masjid berkenaan, lelaki itu adalah jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid Jamek Kampung Likas, di sini, bagi menunaikan solat fardu.
“Kami daripada pihak Masjid Jamek Kg Likas mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga atas pemergian ayahanda mereka.
“Arwah merupakan salah seorang jemaah yang rutin harianya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.

“Pemergian almarhum ini adalah merupakan keuntungan yang besar menuju ke masjid, selepas menunaikan solat fardhu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia bulan Ramadhan.. Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya.. Al Fatihah,” katanya dalam perkongsian berkenaan.
Ramai netizen mengucapkan takziah dan menyifatkan pemergian arwah sesuatu yang dicemburui kerana meninggal dunia di masjid ketika menunaikan solat, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat dan hari pertama umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadan. – Info X