KOTA KINABALU: Semua sekolah di Tawau diarahkan ditutup mulai Rabu (14 Oktober) berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.
Penutupan itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman menerusi satu kenyataan, malam ini.
Katanya, Kerajaan Negeri mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup buat sementara waktu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.
“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya. – Info X