Search

KM bincang isu semasa bersama Ahli Parlimen Sabah

October 13, 2026

Info X Reporters

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi membincangkan isu-isu semasa, di sini, pada Selasa.

Antara Ahli Parlimen hadir ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Lo Su Fui (Tawau) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Ewon Benedick (Penampang), Datuk Madius Tangau (Tuaran), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.

Ketua Menteri berada di ibu negara bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, pada Selasa.

Hajiji turut dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 273 selama dua hari di Istana Negara bermula esok. – Info X