KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan sumbangan Ramadan berjumlah RM100,000 kepada kerajaan negeri.
Selain itu, Pengerusi Jetama Sdn Bh, Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma kepada kerajaan negeri untuk diedarkan kepada pelbagai organisasi di negeri ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, di Sri Gaya, di sini, hari ini.
Sumbangan berkenaan merupakan salah satu usaha syarikat berkenaan bagi menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
Terdahulu, Hajiji turut berbincang mengenai isu bekalan air. Jetama telah menjadi konsesi yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali penyaluran bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min. – Info X