SANDAKAN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Sandakan, menahan seorang wanita yang disyaki menggunakan sijil lahir orang lain, hari ini.
Wanita itu ditahan pegawai penguatkuasaan JPN ketika berurusan di JPN Sandakan bagi membuat gantian sijil kelahiran.
JPN Sabah menerusi kenyataan hari ini memaklumkan wanita itu ditangkap dan diserahkan kepada kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sandakan untuk tindakan lanjut.
“Siasatan oleh pihak JPN mendapati sijil lahir yang digunakan oleh wanita itu adalah milik orang lain.
“Wanita itu ditahan dan diserahkan kepada JIM Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya. – Info X