Search

Jumlah gol tidak penting, yang penting menang – Kim Swee

July 31, 2023

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Walaupun sekadar menang tipis 2-1 ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, semalam, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tetap berpuas hati dengan kejayaan itu.

Katanya, memburu kemenangan adalah lebih penting berbanding jumlah gol yang diperolehi bagi satu-satu perlawanan yang dihadapi.

“Kemenangan tiga mata lebih penting daripada apa yang saya fikirkan tentang berapa jumlah gol yang boleh dihasilkan.

“Saya tidak pentingkan gol yang banyak terutamanya kami bermain di tempat lawan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu, semalam.

Sabah FC sebelum ini pernah mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Penang dalam pertembungan di Stadium Likas, di sini, pada 17 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata anak buahnya bermain dengan agak baik terutama separuh masa pertama namun leka pada babak kedua menyebabkan gawang kem pelawat dibolosi pada minit ke-76.

“Perkara seperti ini tidak boleh berulang di mana kita bermain di tempat lawan. Apabila pasukan lawan mendapatkan gol pertama sudah tentu memberi tekanan pada pasukan.

“Namun kita dapat mengekang asakan daripada pasukan Penang dan berjaya mempertahankan gol kita sehingga minit terakhir,” katanya. – Info X