Search

Jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,587

January 29, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkatkan kepada 1,587 orang setakat jam 9 malam ini.

Jumlah berkenaan membabitkan 535 keluarga di empat daerah iaitu Beaufort, Kota Marudu, Beluran dan Tongod.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menerusi kenyataanya memaklumkan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah diaktifkan bagi menempatkan semua mangsa banjir di daerah-daerah berkenaan.

“Kota Marudu kekal sebagai daerah paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 1,241 orang daripada 438 keluarga dan lima PPS dibuka di daerah berkenaan.

“Diikuti Beluran dengan catatan 190 mangsa banjir membabitkan 55 keluarga. Semua mangsa banjir kini berada di tiga PPS,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, daerah ketiga mencatatkan jumlah mangsa banjir iaitu Beaufort, seramai 102 orang daripada 29 keluarga yang dipindah ke satu PPS setakat ini.

“Tongod pula terdapat 54 mangsa membabitkan 13 keluarga.

“Semua penduduk daerah ini yang terjejas ditempat di satu PPS,” katanya. – Info X