Search

Jurutera penting jayakan SMJ 2.0 – KM

April 22, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengakui sumbangan profesion kejuruteraan dalam membantu merealisasikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Sejajar dengan itu, beliau menyatakan rasa gembira melihat kesiapsiagaan dan komitmen Institusi Jurutera Malaysia Cawangan Sabah (IEM Sabah) untuk terus membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan visi itu.

Hajiji berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi IEM Sabah yang diketuai pengerusinya, Datuk Ir Mohd Yaakob di Menara Kinabalu pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, IEM Sabah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan dan sokongan terhadap program mereka, terutama Persidangan Persekutuan Organisasi Kejuruteraan ASEAN (CAFEO) yang diadakan di sini pada Oktober 2024.

Mohd Yaakob secara rasmi akan menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Cawangan IEM Sabah pada Jun depan dan akan digantikan Naib Pengerusinya, Ir Tan Kok Jyh. – Info X