Search

Kanak-kanak lelaki ditemui bersendirian di Duvanson, Putatan

August 17, 2023

Info X Reporters

PENAMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui bersendirian di kawasan Jabatan Pertanian Duvanson, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak terbabit ditemui lengkap berpakaian baju melayu berwarna ungu, kira-kira jam 8 malam.

Menerusi laman rasmi Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berkata, kanak-kanak terbabit ditemui bersendirian oleh pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.

Katanya, butiran kanak-kanak ini gagal diperoleh secara lisan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali kanak-kanak ini, sila hubungi Balai Polis Putatan di talian 088-765987 atau boleh terus ke balai polis.

“Kerjasama masyarakat diperlukan bagi pihak polis mengesan ahli keluarga kanak-kanak terbabit,” katanya. – Info X