TAMBUNAN: Kebajikan warga emas, warga uzur dan golongan istimewa (OKU) tidak dipinggirkan, sebaliknya terus diberikan perhatian, kata Ketua Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Tambunan, Datuk Victor P Paut.
Sehubungan itu, parti itu tampil menghulurkan bantuan amal bagi memastikan golongan berkenaan dapat menikmati kelangsungan hidup yang baik dan berterusan.
“Selaku parti Kerajaan di peringkat daerah, adalah menjadi kewajipan kami, Gagasan Rakyat untuk memastikan golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya.
“Ini adalah kewajipan kami (Gagasan Rakyat) dalam menitik berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat Tambunan.
“Selaku ketua bahagian Gagasan Rakyat bahagian Tambunan, saya berbesar hati dapat menghulurkan bantuan kepada golongan ini agar kebajikan mereka terus terbela,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan amal untuk warga emas, warga uzur dan OKU melalui program ziarah amal Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Tondulu Tambunan sempena perayaan Paska tahun ini.
Victor diwakili Pengerusi KRT Kampung Tondulu Tambunan, Romanus Joannes menyerahkan sumbangan berkenaan kepada golongan berkenaan, sempena majlis penyerahan sumbangan kasih, bertempat di Dewan Pitimungan, Kampung Tondulu Tambunan pada Khamis.
Majlis itu disempurnakan oleh Rev Fr Philip Muji.

Petros (kiri) bergambar kenangan bersama penerima.
Seramai 58 orang warga emas, warga uzur dan OKU telah disenaraikan sebagai penerima bakul barangan makanan (Easter Gift) tahun ini (2023).
Sumbangan amal berkenaan, ia itu kewangan sebanyak RM4,213.60 adalah untuk kos pembelian barangan dapur iaitu beras, gula, Milo, biskut, telur, minyak masak dan sebagainya.
Sementara itu, Romanus yang juga pengerusi pelaksana majlis itu berkata, sumbangan berkenaan adalah tanda keprihatinan khususnya kepada warga emas, warga OKU dan warga yang sedang sakit/uzur yang selalunya terpinggir dalam perhatian masyarakat.
“Bagi pihak KRT Kampung Tondulu Tambunan, kami merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasihi kepada Victor diatas sumbangan yang diberikan.
Turut hadir Pengerusi II Penganjur pelaksana, Petros Gompuk. – Info X