Search

Kebakaran musnahkan setor, homestay di Kundasang rosak 30 peratus

July 14, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sebuah setor musnah sepenuhnya manakala sebuah homestay mengalami kerosakan 30 peratus dalam kebakaran di Puteri Nabalu Lodge, Kundasang, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 5.22 petang.

“Pasukan dari BBP Ranau yang dianggotai 10 anggota tiba di lokasi pada jam 5.56 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 16 kilometer.

“Kebakaran membabitkan sebuah setor jenis tidak kekal berukuran 20 x 25 kaki yang terbakar 100 peratus, manakala sebuah homestay terbakar 30 peratus,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran, dua pancutan sepanjang 200 kaki dengan sumber air daripada tangki jentera.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 6.17 petang dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini.

“Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity. – Info X