Search

Kem badminton Malaysia berdepan laluan sukar di Aichi-Nagoya 2026

September 19, 2026

BERNAMA

Oleh Muhammad Afiff Md Adnan

NAGOYA: Skuad badminton Malaysia berdepan laluan yang mencabar dalam acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bagi pasukan lelaki dan wanita yang akan memulakan aksi bermula esok.

Menerusi undian dikeluarkan hari ini, skuad lelaki akan memulakan kempen menentang Mongolia pada pusingan pertama Isnin depan, yang akan berlangsung di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.

Jika melepasi halangan awal itu, Malaysia dijadualkan berdepan pilihan utama, Indonesia, pada peringkat suku akhir yang pastinya menuntut persembahan konsisten untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pada bahagian sama, China sebagai pilihan kedua mendapat laluan terus ke suku akhir untuk menentang Hong Kong atau Korea Selatan, sekali gus berpotensi berada dalam laluan Malaysia sekiranya berjaya ke separuh akhir.

Sementara itu, skuad wanita yang akan beraksi esok turut mempunyai laluan tersendiri berdasarkan undian dikeluarkan apabila berada bersama Hong Kong pada pusingan awal.

Pada bahagian sama, Korea Selatan selaku pilihan ketiga yang mendapat bye berpotensi menentang Malaysia seandainya pasukan negara mara ke suku akhir.

Acara berpasukan badminton berlangsung dari 20 hingga 24 Sept, sebelum saingan individu bermula pada 25 Sept.– BERNAMA