Search

Kenderaan bertembung, pemandu wanita cedera

November 13, 2023

Info X Reporters

TAWAU: Seorang wanita cedera selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan kenderaan lain di Jalan Apas, Batu 3, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Murnawati Agus, 33, yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport cedera selepas bertembung dengan sebuah kereta Toyota Yaris.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.45 tengah hari.

Katanya, seramai 11 anggota bersama  termasuk dari Unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport bertembung dengan kenderaan Toyota Yaris.

“Terdapat seorang mangsa terlibat terperangkap di kenderaan Mitsubishi Pajero Sport mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan pasukan Bomba.

“Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. – Info X