TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok tidak bercukai dari negara jiran di Kampung Hidayat Batu 4, di sini, malam tadi.
Menerusi Op Kontraban yang dijalankan kira-kira jam 9 malam itu turut menahan seorang lelaki bersama kenderaan pacuan empat roda yang penuh dengan muatan 90,000 batang rokok.
Nilai keseluruhan rampasan kenderaan dan rokok dianggarkan kira-kira RM124,000.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Katanya, semua rokok yang dirampas oleh PPM Tawau itu dipercayai dari negara jiran.
“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya. – Info X