Search

Keputusan SPM diumum 24 April

April 17, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2024/2025 akan diumumkan pada 24 April ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tarikh itu sudah diumumkan kementeriannya dan calon peperiksaan itu boleh menyemaknya apabila tiba tarikh itu.

“Alhamdulillah, tarikh keputusan sudah ada sebagaimana yang kita telahpun maklumkan, maknanya 24 April, insyaAllah minggu depan.

“Sya ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan mengambil keputusan.

“Mudah-mudahan keputusan itu akan memberikan semangat untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, insyaAllah,” katanya.

Fadhlina bersama peserta Seminar Kepimpinan Madani: Cakna Pendidikan Digital di UMS.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Madani: Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS, di sini, pada Khamis.

Mengenai program itu, beliau berkata ia sangat signifikan sejajar komitmen warga pendidikan terhadap kepentingan pendidikan digital, teknologi dan kepintaran buatan (AI).

“Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kita memang dalam usaha untuk terus memperkukuhkan ekosistem pendidikan digital, AI dan teknologi kita ini melalui pelbagai segmen dan juga peringkat.

“Khususnya, tumpuan kita kepada pengukuhan prasarana dan juga melalui dasar pendidikan digital negara dan melihat kepada ketika ini mengukuhkan pelan pengguna pendidikan yang baharu dan pelaksanaan kokurikulum yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata, semua itu sedang diberikan tumpuan penuh dalam usaha kementerian memperkukuhkan reformasi pendidikan dalam negara. – Info X