KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pada 14 Ogos ini.
Majlis itu dijadualkan berlangsung selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan akan dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, acara berkenaan turut diadakan serentak di semua masjid dan surau seluruh negeri.
Katanya, beliau sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras majlis itu.
“Ini termasuk mengadakan tahlil dan doa di semua masjid dan surau bermula 8 Ogos lalu.
“Bersama-samalah kita berdoa semoga Allahyarhamah beroleh maghfirah dan rahmah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Info X