KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima saranan Kementerian Pelajaran (KPM) untuk menutup sekolah sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah selsius selama tiga hari berturut-turut.
Exco Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif turut mengingatkan para pentadbir sekolah iaitu pengetua dan guru besar di negeri itu agar sentiasa peka terhadap keadaan semasa di sekolah masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi, Dan Inovasi Sabah berkata, pentadbir diberi kuasa untuk menutup sekolah sekiranya suhu melebihi 37 darjah selcius tiga hari berturut dan diisytiharkan gelombang haba oleh MET Malaysia.
“Pentadbir (pengetua dan guru besar) perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa di kawasan sekolah.
“Situasi kedua (amaran kedua) suhu melebihi 37 darjah c
selcius tiga hari berturut dan diisytiharkan gelombang haba oleh MET Malaysia, pentadbir boleh menutup sekolah atau institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu bagi suhu melebihi 35 darjah celcius sehingga 37 darjah celcius, Arifin menggesa pentadbir agar menghentikan semua aktiviti luar darjah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Beliau turut mengingatkan para pentadbir yang ingin menutup sekolah agar memaklumkan ibu bapa lebih awal secara bertulis selain katanya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan turut bekerjasama memaklumkan situasi semasa berkaitan fenomena gelombang haba di negeri berkenaan.
Setakat hari ini semua sekolah di Sabah menurut Arifin masih berjalan seperti biasa dengan meminimakan aktiviti luar bilik darjah. – Info X