Search

KERETA TERBABAS DALAM PARIT, BOMBA BANTU DUA LELAKI TERSEPIT

May 9, 2022

admin

PENAMPANG: Dua lelaki tersepit selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Bulatan 3, Donggongon, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 45 dan 46 tahun yang cedera berkenaan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.26 pagi.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bersama jentera serta EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, memang terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Vios terbabas sendiri dibahu jalan lalu dan masuk ke dalam parit.

“Dua mangsa tersepit kemudiannya dikeluarkan oleh pasukan bomba bertugas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS memberi rawatan awal seterusnya menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.47 pagi tadi,” katanya. – Info X