KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, hari ini.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Datuk RM Jasni. – Info X