KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-271 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terdahulu, pada Selasa, Hajiji menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. – Info X