Search

Ketua Menteri, KPN bincang isu keselamatan Sabah

January 17, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di sini, pada Sabtu.

Pada pertemuan di Sri Gaya itu, Hajiji dan Mohd Khalid membincangkan isu semasa dan perkara berkaitan keselamatan Sabah.

Mohd Khalid diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan pegawai kanan dari Bukit Aman. – Info X