Search

Ketua Polis Negara lawat IPD Penampang buat julung kali sejak 1992

August 2, 2025

Info X Reporters

PENAMPANG: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, hari ini mencatat sejarah apabila menjadi Ketua Polis Negara pertama melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sejak ia ditubuhkan pada 1992.

Lawatan rasmi berkenaan diadakan sempena rangka kerja beliau ke Kontinjen Sabah, dan merupakan kunjungan sulung beliau ke IPD itu sejak Superintenden Sammy Newton dilantik sebagai Ketua Polis Daerah.

Ketibaan beliau di IPD Penampang disambut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun bersama barisan Ketua-Ketua Bahagian IPD Penampang.

Lawatan itu antara lain bertujuan meninjau keperluan semasa di IPD termasuk ruang kerja, penempatan anggota dan kemudahan logistik, bagi memperkukuhkan kecekapan operasi harian pasukan.

Dalam ucapannya, Ketua Polis Negara menekankan kepentingan integriti, profesionalisme dan kesiapsiagaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan negara.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada warga IPD sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan pucuk pimpinan terhadap kebajikan anggota.

Lawatan bersejarah itu dianggap sebagai bukti komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyantuni warga pasukan di peringkat daerah, selain menyemarakkan semangat anggota untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan amanah. – Info X