KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd menyerahkan dividen berjumlah RM20 juta kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS).
Bertempat di Menara Kinabalu, penyerahan berkenaan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di sini, hari ini.
Pengerusi Kimanis Power Sdn Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen bagi tahun 2023 berkenaan kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni Daya.
Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Komersial PETRONAS Gas Berhad, Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn Bhd, Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab dan Pengarah ICSB, Joshua Ho. – Info X