Search

PBRS KEKAL SOKONG KEPIMPINAN HAJIJI

February 14, 2023

admin

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, parti itu akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sokongan kami masih kekal dan tidak berubah sejak Ketua Menteri diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran Sabah pada tahun 2020.

“Pendirian ini juga merupakan manifestasi terhadap kecemerlangan kepimpinan Ketua Menteri khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah terus terjamin.

“Keutamaan kita adalah untuk memastikan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah terus meningkat di samping berusaha untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini. – Info X