KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai delegasi Sabah bagi menghadiri Pemukiman Kerajaan Madani 2026 selama dua hari di Pusat Pembelajaran KWSP Bangi, Selangor pada Sabtu dan Ahad.
Turut serta dalam delegasi Sabah ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Ariffin Arif.
Pada pemukiman itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat kepada delegasi yang hadir pada hari pertama program.
Hajiji turut membentangkan kertas perbincangan berkaitan isu semasa kepentingan rakyat dari perspektif Sabah pada hari kedua.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Hadir sana Menteri-Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari (Selangor), Datuk Seri DiRaja Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Onn Hafiz Ghazi (Johor) dan Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak), selain semua menteri Kabinet Persekutuan. – Info X