Search

KM hadiri Majlis Pertukaran MoU Malaysia-Brunei sempena ALC ke-26 di Putrajaya

August 27, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Brunei Darussalam sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) Ke-26 di Putrajaya.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertukaran MoU itu membabitkan bidang kesihatan antara kedua-dua negara.

Hajiji diiringi yang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Anwar.

ALC adalah platform rundingan dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang berperanan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, menyelesaikan isu berbangkit, selain membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama termasuk perkembangan serantau dan antarabangsa. – Info X