Search

Kualiti udara tidak sihat di Kimanis

March 14, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Kimanis dilaporkan mempunyai kualiti udara tidak sihat di Sabah setakat jam 10 pagi tadi, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut laman sesawang agensi berkenaan, Kimanis yang terletak kira-kira 62 kilometer, dari sini, menerima bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 154 iaitu bacaan tidak sihat.

Keadaan itu berikutan beberapa insiden kebakaran hutan dan belukar minggu ini.

Terdahulu, Papar yang terletak tidak jauh dari Kimanis diisytihar sebagai kawasan bencana bermula semalam selepas mengalami kemarau sejak beberapa minggu lalu.

JAS turut mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka yang akan memburukkan kualiti udara ketika cuaca panas melanda. – Info X