KOTA KINABALU: Kupi-Kupi FM dan Info X menjadi sebahagian daripada organisasi media Sabah menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri Sabah, di sini, malam tadi.
Penghargaan itu diterima pada satu majlis bersama media anjuran sekretariat berkenaan di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini.
Penghargaan yang disampaikan Ketua Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai itu diterima Pengurus Besar Kupi-Kupi FM, Lester Calvin Miol.
Majlis yang julung kali diadakan itu antara lain untuk mendekatkan media dan memberi kefahaman mengenai fungsi sekretariat berkenaan dalam membantu kerajaan negeri mencapai halatuju Pembangunan SMJ.
Ia turut disasar untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan media khususnya bagi penganjuran Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) yang bakal diadakan pada 2 hingga 4 September 2024. – Info X