Search

KUPIKUPI FM hangatkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan persembahan tarian singa

January 29, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tidak lama lagi, KUPIKUPI FM telah mengadakan persembahan tarian singa di perkarangan hadapan pejabat stesen radio berkenaan, di KK Times Square, di sini, semalam.

Persembahan tarian singa itu ditaja Persatuan Tarian Singa Subang’s yang berpangkalan di Penampang.

Pengurus Besar KUPIKUPI FM Sabah dan Sarawak, Lester Calvin Miol berkata, di samping memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina, program berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan persembahan tarian singa yang memukau.

“KUPIKUPI FM mahu mempersembahkan kepada pendengar-pendengar setia kami dan juga orang ramai satu persembahan tarian singa yang menarik, di samping menghangatkan lagi suasana sambutan Tahun Baharu Cina yang akan menjelma tidak lama lagi.

“Bagi pihak keluarga KUPIKUPI FM Sabah dan Sarawak, kami mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya, semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, ‘Gong Xi Fa Cai’,” katanya. – Info X