KOTA KINABALU: Malaysia Airports mengeluarkan nota penutupan sementara landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi melaksanakan kerja pembaikan.
Nota itu dikeluarkan menerusi Facebook Malaysia Airports pada kira-kira jam 2 petang tadi, namun tidak dijelaskan bila penutupan itu bermula dan berapa lama ia dilaksanakan.
Pihak berkuasa lapangan terbang itu hanya memaklumkan pembukaan semula landasan akan dibuat selepas kerja pembersihan dan pemeriksaan keselamatan selesai.
Berikutan penutupan itu, Malaysia Airports menasihatkan penumpang untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai status dan perkembangan terkini penerbangan. – Info X