KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Tun Musa dan Hajiji yang ditemani Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arifin kemudian memimpin upacara memukul gendang bagi menandakan pembukaan rumah terbuka itu.

Tun Musa dan Hajiji serta tetamu jemputan lain turut melakukan acara tradisi Tahun Baharu Cina menggaul Yee Sang.
Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada artis tempatan dan kumpulan tarian. – Info X