KOTA MARUDU: Hujan berterusan yang menyebabkan banjir di daerah ini turut menjejaskan bekalan elektrik apabila ada tiang talian voltan tinggi rebah ditimpa pokok tumbang disebabkan tanah runtuh pada Jumaat.
Berdasarkan info dikongsikan Facebook Sabah Electricity Careline, sebanyak 13 kampung terputus bekalan elektrik akibat kejadian itu setakat ini.
Kampung terbabit ialah Tondig, Togudon, Tinogu, Lugu Telugung, Kinangkaban, Bombong 4, Bombong 2, Samparita, Samparita Tengah, Bombong 1, Samparita Laut, Soniton Ulu dan Lingkobungan 1.
Pemulihan bekalan dijangka selepas Sabah Electricity selesai melakukan pembaikan tiang tumbang.
Sementara itu, di Pitas lebih 30 kawasan kampung terputus bekalan elektrik akibat banjir setakat ini.
Antaranya, Kampung Kemiri, Sinasak Batu, Andap, Kebatasan, Kusilad, SMK Pekan 2, Kibulu, Rinasuk Bay, Sosop, Mandamai Bay, Rukom Laut, Rukom Darat, Layung 1, Layung 2, Layang, Loji Air Kanibungan, Kadayan, Ranggal, Pias, Kotuyon, Manduring, Narandang, Pangkalan Kanibungan, Boribi, Lihing, Celcom Kanibungan, Delima, Boboli, Pantai, Untang-Untang, Taradas dan Mapad.
Sabah Electricity akan membuat pemulihan bekalan secara berperingkat selepas air banjir surut. – Info X