PAPAR: Seorang lelaki autisme dikhuatiri hilang di Kampung Sumbiling Mogon, di sini, sejak pagi tadi.
Mangsa Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, disedari hilang oleh bapa mangsa kira-kira jam 7 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.15 petang.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar digerakkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu daripada keluarga mangsa.
“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, ketika SAR dijalankan, pasukan bomba menemui pakaian dipercayai milik mangsa di tepi jalan Kampung Sumbiling.

“Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – Info X